Saturday 23 July 2011

Pada 23 May 2011, SK. Jeram Mengkuang telah mengadakan hari bimbingan dan kaunseling  bagi pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 . 
Kerjasama dengan pelajar-pelajar semester 4 dari unit bimbingan   dan kaunseling university Pendidikan Sultan Idris Shah seramai 6 orang telah  menjadi fasilitatornya.
Objektif program ini adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar terutamanya murid tahun 6 supaya mempunyai semangat dan jati diri yang kukuh untuk menghadapi peperiksaan UPSR  yang akan diduduki pada bulan September nanti.
Adalah diharapkan dengan program-program yang telah dianjurkan dapat membantu murid-murid untuk mengenal pasti kelemahan dan kelebihan yang terdapat didalam diri mereka dan seterusnya dapat meningkatkan semangat jati diri untuk terus belajar dan mencapai yang terbaik dalam peperiksaan UPSR yang bakal dihadapinya nanti pada bulan September nanti.


Kerjasama dari PIBG amatlah dihargai diatas sumbangan kewangan yang telah diberikan.

SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS SMK BIDOR


Mei 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bidor telah menjalankan sukaneka yang bertemakan permainan “sukan rakyat”. Tujuan sukan rakyat ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid pendidikan khas dalam pergerakan motor halus dan kasar mereka seterusnya memberikan mereka pembelajaran yang santai diluar bilik darjah. Sukaneka ini banyak mendedahkan murid-murid pendidikan khas dalam mengenali sukan rakyat itu sendiri. Keseronokan tergambar di wajah masing-masing dengan aktiviti yang bermanfaat ini. Semoga sukan rakyat ini akan diteruskan di masa akan datang.


 

Saturday 16 July 2011

Bengkel Pembinaan Buletin

PKG Bidor telah mengadakan bengkel pembinaan Buletin untuk semua GPM sekolah-sekolah kelompok 3. Bengkel ini telah di adakan pada 22 hingga 24 Jun 2011. Seramai 21 orang GPM dari sekolah ahli PKg yang menghadiri bengkel ini memberikan komitmen yang tinggi.   Bengkel ini bertujuan memberikan sedikit   pendedahan bagai mana MS Publisher 2010  digunakan dalam penerbitan bulletin. Bengkel ini telah dikendalikan oleh PTP1, En. Tajarazhar bin Abu Bakar. Buletin ini boleh digunakan sebagai media pendokumentasian aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah. Diharap agar bengkel ini dapat membantu pihak GPM di sekolah-sekolah kelompok 3 Bidor memahami dan membina kemahiran penggunaan MS Publisher serta dapat menghasilan satu bulletin mereka.