Tuesday 17 February 2015

KEW.PA3 NETBOOK

Berkaitan rekod perolehan netbook pihak sekolah hanya perlu mengisiSATU (1) Kew.PA3 untuk keseluruhan 41 unit dan bukannya satu Kew.PA bagi setiap unit.  Dalam ruang Kuantiti nyatakan jumlah iaitu 41 unit.

Sila kepilkan bersama Kew.PA3 tersebut salinan senarai No.Siri bagi semua 41 unit netbook.

Sekian, terima kasih.

Monday 16 February 2015

Pengarah Baru Bahagian Teknologi Pendidikan,KPM.

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs Encik Zaidi bin Yazid telah dilantik sebagai PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KPM berkuat kuasa pada 16 Februari 2015. Warga BTPN dan PKG Perak mengalu-alukan kehadiran Tuan Pengarah yang baru  dan diucapkan Selamat Datang. 




ENCIK ZAIDI BIN YAZID
PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sunday 8 February 2015




Pihak Pusat Kegiatan Guru Bidor mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua sekolah ahli kerana memberi kerjasama yang amat baik di mana ke semua sekolah ahli berjaya mendapatkan Bahan Edaran MBMMBI pada tarikh yang ditetapkan. Semoga pihak sekolah dapat menggunakan Bahan MBMMBI ni dengan sebaiknya dan murid-murid mendapat manfaat daripada bahan tersebut. Sekian,terima kasih.