Wednesday 5 October 2011







PKG Daerah Batang Padang dengan kerjasama BTPN Perak, dan PPD Batang Padang telah melaksanakan taklimat pengedaran Bahan Digital Dasar MBMMBI Kementerian Pelajaran Malaysia bagi kegunaan Tingkatan 1, sesi 2012.
Taklimat tersebut telah dilaksanakan di PKG Bidor pada 29.09.2011 jam 2.30 petang.Majlis taklimat ini telah dihadiri seramai 46 orang guru tingkatan 1 yang mengajar subjek Bahasa Malaysia dan English Language di semua sekolah menengah dalam daerah Batang Padang. Ianya telah dikendalikan oleh tiga orang Fasilitator iaitu Encik Sahrudin b Yusof, Ketua Unit Media BTPN Perak, Encik Nor Azmir b Salleh, PKG Seri Ampang dan Encik Nazarkhan b Abdullah dari Unit ICT Btpn Perak.
Taklimat memfokuskan kepada aspek teknikal CD interaktif termasuklah pemasangan, penggunaan dan ‘Troble Shooting’ bahan digital tersebut. Menurut seorang peserta yang ditemui, En.Mohd Yasir, bahan digital ini dilihat amat bersesuaian dengan iklim pembelajaran sekarang, Isi kandungannya selari dengan silibus subjek Bahasa Malaysia yang menekankan kepada biadang KOMSAS, dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia di Negara ini.
Encik Sahrudin, dalam taklimatnya merayu kepada guru-guru untuk memastikan bahan digital Bahasa Malaysia dan English Language bagi pelaksanaan Dasar MBMMBI digunakan di semua sekolah menengah untuk murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2012.